KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata perkara berkenaan sedang dalam pemerhatian pihaknya.

"Kita akan mengikut kerajaan Persekutuan dan kita akan selaras (kenaikan gaji penjawat awam negeri), Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan 2024 di sini hari ini.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

-- BERNAMA